Khamis, 30 September 2010

GEMPAK MAKAN DIHARI RAYA

Nak cerita tentang raya lagi nih. meh dok rapat-rapat.Kali nie bukan saya yang pegi raya tau tapi orang datang beraya. Wah...ramai sungguh yang datang tak terlayan tangan dan badan maklumlah orang ramai kawan. Pang!!!sebiji ambik nak. Mana ada ramai. Dalam lima orang macam tu lah. Itu pun adik saya dan rakan-rakannya. Kebetulan diorang outstation kat area Muar ni, diaorang datanglah sekali. Tak pe datanglah. Raya kan. Sape nak marah. Paling tidak pon tutup pintu je heheee...sah orang tak nak datang nanti.
Ape yang saya masak?? ye, disebabkan rajin saya masak dua jenis masakan. Bekat rajin dibulan Ramadhan hari tu, sampai sekarang akak ni rajin masak okey. Jangan cebik okey..jangan marah okey...hahaa.


Masakan yang paling mudah, cepat dan selamat serta Bujang senang... sekali pandang mesti tak pecaya punya tapi itulah kenyataannya. Saya masa mee bandung yang sedap dan enak. Nak?nak?nak? ambiklah...ambik gambar aje lah. Bukan ape..nie resipi turun temurun. sudah kalau ramai yang dah cilok. inilah resipi nye...sssshhh, diam-diam tau

Inilah dia rahsia alam semulajadi. nak lebih jelas ini dia
V
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Resipi maK Pon. Mak pon okey bukan mak ekin..eeeeee...tak nak,tak nak...

haaa, senang je kan. beli je perencah mak pon ni. Harga pun tak sampai sepuluh ringgit satu bungkus. Boleh masak untuk 10 orang makan. Kenyang. Ini original perencah mee bandung dari Muar. Kalau pakai nie gerenti jadi mee bandung korang. Dasatlah. Boleh bungkus bawa balik..kalau tak malu lah...


Ini lah hasilnya. Kuah mee bandong. Bukan susah pon. Letak je sotong, telur, udangsayur sikit maka jadilah mee bandung Muar.
ni pula mee dia. Bukan susah pun celur je dengan air panas. Dah jadi. Senang je kan. Biasa je. Sekarang nie banyak perencah dijual. buat je hehehee ni lah ayat orang malas. Apepun memang mengancam auww..

 Rajin tak saya??? Kalau bagi kat orang pun, orang mesti pecaya punya buat sendiri dan pasti orang akan cakap sedapnye hehee..poyo seh..tapi kalau dengan orang Muar tak leh tipu lah..gerenti semua tau rahsia nie.

Pastu saya masak nasi beriani kau.. Jangan tak caya kopek bawang bagai nie..berpeluh-peluh badan. sampai gigil-gigil takut tak sempat siap. Wah...baik punya ayat ye..Bukan ape, kali ni memang banyak rahsia masakan lah ye hehee..
Jadi tak ayam beriani saya? mestilah jadikan. berkat dari pertolongan ni ha..

 V
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

v
v
vvv



v
v
v
v

v
v
v
v
v
v
v
v

vv
v
v
v
v
v
v
v
v
dia lah nie yang tolong saya. Nasib baik ko ada kalau tak, entah jadi apelah nasi beriyani saya.Perencah siap dari Oli colection. Perg! semua ada dalam nie. susu, minyak, kismis sampaikan beras beriayani pon dia sediakan. Best. senang je nak masak kan. Boley lah pegi cari sekarang.





Rabu, 29 September 2010

DURIAN RAYA

Dua hari lepas ada sesi menjamu selera di kawasan dusun...dusun tu tak lah macam hutan tapi dalam rumah je sebenarnya.hehee...selalu dok cerita makan kuih raya tapi kali ni nak cerita makan durian raya. Ye durian raya kerana durian tu masak dalam bulan raya. Terima kasih kepada pihak penaja iaitu abang Ezam (jiran sebelah rumah) yang sudi barang sebiji durian yang besar kepada keluarga saya ni. Abang Ezam nie memang selalu lah bagi buah-buahan tempatan kat saya. Dia ada dusun mungkin. Tahun depan bagilah lagi. Lebih nampak hehee.

Sesi buka buah durian telah dimulakan oleh sape lagi...ayah Haziq lah. Si hantu durian nya adalah Haziq. Wah bukan main lagi. tak pernah jemu dengan pak raja durian nie.




Muka teruja tunggu durian di buka..tak sabar nye nak baham hehehe

Dengan tekun Pak cik ni buka durian. terror nampak tak pakai kain bagai...nie awal2 je lama2 bila durian tu keras tak boleh buka, ambik juga kain . mana tahan beb kena duri-duri tu auw.






Inilah isi durian. walaupun kurang cantik tapi best rasanya. manis macam madu...bukan,bukan, macam durian lah. bukan madu okey..



sedap sungguh rasa buah ni...nak cuba?? ambik lah sedap.jangan segan-segan..rasalah..boleh pula gitu hehe





Selasa, 28 September 2010

CERITA YANG TELEWAT



Sehari, dua makcik pening kepala...wawawa apekehal. Tak de pe pun tapi  sekarang nie mood untuk mengemaskini blog menurun. menjunam ke paras bawah laut. Penat, sedih, kecewa, letih, ngantok, bosan lagi dan lagi ..semuanya kerana ape? kerana penyakit malas. Malas nie kalau dah datang, semua benda tak jadi. Malas nie memang jahat. semuanya kerana malas Okey.
Hujung minggu yang lepas, sungguh sibuk. Macam-macam sibuk ade. Sibuk memenuhi rumah terbuka, sibuk orang datang jalan raya, dan paling dibenci ketika ini...sibuk kerja.Ha..bosan dengan keje yang tak habis-habis. Bilalah nak siap. Tahun depan..ye, tahun depan ok..so, jangan nak ngomel lagi. Hari sabtu separuh hari saya telah dicuri oleh pencuri untuk buat kerja dan sambung kerja. Tak memasalkan aku kena overtime. Bosan sungguh. Macam orang penting je kan. Tapi memang menci betul kena buat keje bila weekend. Dah lah Mood raya lagi tak habis. Ngacau aje. ini lah keje yang saya kena jaga dan tunggu sampai habis..mari tengok...


Ha...ape menda nie. Batu nissan?kek lapis? bukan,bukan...semua salah. nie lah slump test. Malas nak cerita panjang. Ni lebih kurang ujian penurunan untuk tentukan kekuatan konkrit...boley gitu..hehee..sape yang belajar kos kejuruteraan awam tau lah ye. ape-ape pun nie lah salah satu tugas saya. nie lah yang membuatkan cuti minggu saya terganggu..bosan.

ni muka bosan..sian kan kena jemur tengah panas. Dah macam mak cik pula yek

Berbalik tentang raya...ha, inilah gambar terbaru adik saya yang kedua( Angah). Raya first hari tu dia tak de kan so, raya keenam dia dan husband ( Nik) balik rumah mak saya. Jadi dapatlah ambik dua tiga keping gambar. ush sungguh kesian kerana kemalasan untuk ambil gambar.


Oklah tu kan. ada juga gambar. Bergambar bersama mak saya. Ayah saya masa nie tengah sibuk start keta. Nak gie jalan raya you..Si Haziq tu tengah poyo lah tu. Main-main laptop konon..Main game konon. Macam terror ye tak. Masa nie Angah dah mengandung tiga bulan. perut pun tak besar lagi..boleh lah pakai baju kurung. 


Gambar terakhir...Model laptop sedang menggayakan komputer riba. menggunakan mouse dan botol susu depan komputer riba tu. Ada gaya tak? ah, dah macam jakun lah pula.hehehee











Rabu, 15 September 2010

SALAM SYAWAL

Sesudah 41 hari mencari cinta...ops, bukan, bukan salah ,salah..sesudah enam hari di bulan syawal nie, baru hari nie saya menulis semula. Raya beb!kena berikan sepenuh tumpuan pada hari raya nie..pada saudara mara yang datang, pada kuih raya yang banyak-banyak, bulat-bulat dan lepir debab hehee ada ke?. Macam raya sakan je saya nie. Masih lagi dalam mood raya dan masih lagi belum bekerja, saya nak cerita sikit tentang sambutan syawal tahun ini. Sebenarnya saya tak de lah berjalan sangat. Tapi saje je nak poyo kan...
Malam raya, saya dirumah mentua. seperti biasa suami saya dipagi raya dia bekerja. Bekerja menyambut tetamu di kediaman rasmi Pegawai daerah ( rumah bos dia). kesian kan kat saya anak beranak wawawa...Nasiblah kan rumah mak saya pun tak berapa jauh kalau tak tiap-tiap tahun aku naik hantu hehee garangnye. so, petang barulah dapat beraya setelah suami saya pulang dari rumah bos dia tu. Pagi tu pun kat rumah mentua penuh dengan saudara mara suami saya. Jadi tak de lah boring sangat kan..saya kan peramah uwek..uwek..apesal?ngandung? terlebih sudah..



Petang pegi rumah arwah atok saya. Kat area Segamat juga. My family pun semua kat situ cuma tahun nie, adik kedua saya angah,  tak dapat beraya bersama. suami dia bekerja dan mereka akan pulang ke rumah family saya pada raya kelima. Kesian juga kat dia. First time raya jauh iaitu di Kedah dan jauh dari family sendiri. Tapi still lagi ok sebab dekat dengan family suami. Apapun jumpa raya kelapan nanti.Lambat tu.. InsyAllah.


Inilah gambar raya tahun 2010 nie. bersama keluarga kecil kami. Dak Haziq tu mengada-ngada. Tunduk-tunduk bawah pula dahlah tak nak pakai samping dengan songkok. Tengok apak dia..smart je macam YB hihiii...sukalah tu kena puji.

Ini pula gambar dengan mak mentua saya. ambik gambar kat luar rumah je sebab dalam rumah ramai orang. Ma..lu... Dak Haziq tu pula masih lagi nak tengok bawah. Kira semut ke ape...

Ini dengan adik ipar saya. Inilah Mak siti Haziq. Muka Haziq tu dah nampak sikit tapi masih lagi mengada pandang-pandang tempat lain. Nie ingat iklan kat dalam majalah ke.


 Ha, dapat pun ambik gambar penuh budak botak nie. Ni dah pakai samping tapi masih lagi tak nak pakai songkok. Ish..

Pagi-pagi raya sibuk je dia nak main basikal bagai. Macam tak penah jumpa plak.


anak sape? jangan terkejut lak tengok saya sudah ada baby. Nie anak sepupu saya cikgu Mimi. hehee..nama arine..betul ke ejaan tu.Si comel nie baru bangun tido masa nie. baik je dia kan..

Yang ini pula gambar-gambar semasa beraya di rumah arwah atok saya di KG Pogoh, Segamat..

 Haziq bersama ibu-ibu saudara. mak uda sebelah kiri dan sebelah kanan sepupu saya. Haziq panggil Makngah Zira..boley tak? dan lupa, budak bujang kat sebelah tu, Rafiq..tak tau lah nak suruh Haziq panggil ape..panggil uncle Rafiq boley tak???

Suasana di rumah arwah atok saya. sembang menyembang...

Gambar depan tangga rumah atok. bersama Mimi sekeluarga.

Gambar tak perasan..ala-ala candid..boleh pula.


Dua ketul makcik Haziq yang perasan huhuuu jangan marah.,.


Gambar adik-beradik ayah saya. kenapasemua orang macam tak bersedia..tukang ambik gambar nie mesti ak cakap 1,2,3 bukan saya ye yang ambil gambar nie. Saya jadi pengarah je. Ucu tu ( sebelah kanan sekali) siap sengseng baju macam nak basuh pinggan je. hehe


Ha...ini gambar setelah bersiap sedia...Ucu pun dah tak sengseng lengan. dari kiri ayah teh, mak Ngah, ayah Long, ayah saya, Itam dan Ucu.


Yang ini gambar bersama isteri masing-masing.


Apesal budak-budak nie..


Wah!Ko Haziq bukan main lagi ambik gambar dengan Acu. senyum bagai. Kalau ambil gambar dengan mak, apak..tunduk-tunduk menyembah bumi..sedey ibu wawawa..


Ini pun sama sopan je..bersama makcik-makcik dia..yang tepi sepupu saya
Nabila.

Raya ketiga saya balik rumah mak saya. Lambat nye balik rumah mak ye... keluarga saya beraya di rumah arwah atok saya sampai raya kedua. so, raya ketiga baru saya balik rumah mak. Petang tu pula adik beradik ayah saya datang ke rumah. hu..meriah sungguh. Family ayah saya nie memang rajin berziarah time raya. Dulu masa belum kahwin, saya selalu ikut tapi bile dah bersuami nie jarang-jarang dapat join. ikut mood suami hehee..biasalah abang Bakhtiar nie, tak rajin nak berjalan. rumah-rumah dekat-dekat je boleh lah. Apapun saya tak kisah. saling memahami wah baik betul isteri ko nie..

 Makanan yang dihidangkan oleh mak saya semasa kunjungan saudara mara ke rumah saya pada hari raya ketiga..mee bandung


dan juga pisang goreng. sebelah tu kuah me bandung.


 Haziq makan mee goreng kat dapur rumah atok.


bergambar bersama Azril (cucu jiran sebelah rumah mak saya).













Rabu, 8 September 2010

SALAM SYAWAL



Dikesempatan ini, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai terkasar bahasa selama penglibatan saya dalam dunia blog nie. sesapa yang terasa hati dik kata-kata kurang manis saya selama ini, saya mohon beribu ampun. Sedih macam nak nangis pula. Saya memang banyak dosa wawawaa... selamat semuanye ye. Hati-hati dijalan raya. Jaga kolestrol ye..jaga lemak ye..jangan korbankan diet sepanjang bulan Ramadhan yang lalu...saya sayang awak,awak,awak semua.




Selasa, 7 September 2010

Dah beli kuih raya? dah dapat kuih raya yang telah ditempah sebelum raya? nie makcik poyo nak tayang sikit..

saya dah dapat kuih yang ditempah dari kawan sepejabat, Farah. kuih nie, kuih coklah strawberi..tengok colour, tengok rupa memang ngancam..rasa pun mengancam..nak rasa, jemputlah datang rumah..

yang nie, kuih sarang semut. makin banyaklah semut kat rumah nie sebab sarang dah ada. lagi best tidur dalam nie ye pak semut..sejuk..manis lagi rumah ko.sambil tidur boleh jilat-jilat dinding rumah ko tu...suka hatilah ye pak semut,sukalah bagai nak nak pecah perut-perut buncit ko tu.bila dah habis gelak, ko duduk lah kat kerusi malas depan rumah ko..ade ke?... jangan mimpi,sebelum ko tidur dalam sarang ko nie, mak shieltox yang gemok lagi garang dah bagi berdas-das tembakan kat badan ko..habislah riwayat..selamat sudah. dah siap ayat mengarut saya.

 Itu saja kuih raya saya tahun nie, kesian kan? memang tragis..bertuah lah abang Bakhtiar dapat bini baik jimat cermat cegini...tak de makna nye semua tu. Raya tetap raya. ada dua tempahan lagi yang tak hantar kuih lagi..tengok, jangan tertipulah dengan kata-kata manis ku hehee...selamat bayar duit kuih raya




BELUM MASANYA

Dua hari lepas, sedang Haziq main mainan dia kat depan Tv, tetiba keluar ayat nie,
Haziq : Ayah, bila nak ada adik nie..lama dah nie?
Ayah  : Tanya ibu..(boleh plak ayah dia jawab macam tu )

Haziq pun terus lari masuk bilik sebab saya masa tu ada dalam bilik

Haziq: Ibu, ibu, bila kita nak dapat adik nie. Atikah dah ada adik.
Ibu    : sape adik atikah?
Haziq: Aliyah lah adik dia. Dia adik badik jahat dengan Haziq.
Ibu   : Erm, kita doa ea..Haziq kenalah rajin doa Nanti Allah bagi lah.
Haziq: Ala, cikgu cakap kan..kita semua sayang Allah
Ibu   : betullah tu.....

Semoga cepatlah Allah memakbulkan doa saya, Haziq dan keluarga kami. Selepas kehilangan Siti aishah, memang saya akui terlalu risau memikirkan  semua pertanyaan setiap orang yang bertanya. Diam tak diam hampir sembilan bulan Siti Aishah pergi. Jika dia ada, semestinya sudah pandai merangkak dia sekarang. Mungkin. Saya hanya mampu berserah dan berharap diizinkan Allah untuk menerima zuriat lagi. Amin.

* Atikah dan aliyah adalah kawan Haziq di rumah pengasuh.





Isnin, 6 September 2010

MALAM TUJUH LIKUR

Malam minggu yang lalu, sabtu malam ahad bukan malam jumaat tau...kalau kecil-kecil dulu, khamis malam jumaat orang cakap ada hantu sampai takut nak gie ngaji hehee..mengarut. berbalik pada sabtu lepas, kat rumah saya nie, iaitu jalan Daud telah diadakan pemasangan pelita sempena malam tujuh likur...wah, semakin dekat kita nak sambut raya kan..amacam? baju liplap-liplap dah siap lom..langsir ropol-ropol dah beli tak, kasut vogue, tudung semua dah tersedia lom dan yang paling penting duit raya dah tukar tak..haaa, malas pikir...
majlis pemasangan pelita tadi telah dirasmikan oleh Sultan Johor iaitu sultan Ibrahim. Meriahlah malam tu. meriah dengan lampu pelita. Ye, dulu kecik-kecik selalu pasang pelita kat rumah time malam tujuh likur bila satu lampu mati, pegi pasang semula lampu tu. siang-siang pegi pacak kacyu. dulu tak de jual kat kedai pelita saip kayu bagai nie. semua hand made...

sempat juga dak Haziq nie main bunga api. bunga api je tau..mercun tak boleh.

memang banyak pelita dipasang malam tu..kat padang Jalan Daud tapi disebabkan kamera saya nie tak canggih jadi gambar pun kurang cantik. tapi masih lagi boleh digunakan.


pelita yang dibentuk seprti kapal..kreatif juga

gambar terang gelap Haziq dan ayah depan kapal. oklah janji nampak muka.