Rabu, 16 Jun 2010

RAGAM HAZIQ


Sebelum pergi umrah hari tu. Saya dan suami telah berkesempatan membawa Haziq potong rambut. Sekarang susah nak potong rambut dia sebab sekarang dah pandai cakap tak handsome rambut pendek. Banyak songeh juga budak kecil nie. Tapi setelah dipaksa dengan kejamnya huhuhu terpaksalah Haziq merelakan rambutnya digondolkan oleh 'macha' kedai tu.


wah,macha tu fokus betul menggodam rambut Haziq
kesiannya budak nie...bakal botak semula.


Tak nak pandang seh, lepas gunting rambut. Benganglah tu...


Ini gambar satu jam sebelum gunting rambut.sukanya main basikal kat rumah atok mak. ini kawasan rumah mentua saya di Segamat dan basikal yang Haziq naik tu adalah basikal Adam, sepupu dia yang akan pulang ke Malaysia InsyAllah Khamis nie. Haziq nie memanglah suka buat harta Adam mcm harta sendiri tapi bila Adam ada, dia taklah buat macam harta sendiri. Sopan santun huhuhuhuuu...

Pusing-pusing main sorang-sorang sebab dia sorang je cucu kat dalam rumah tu. Bila ada Adam meriahlah sikit. Dah memang biasa dia main sorang-sorang kat Kampung. ataupun main dengan ayah dia sebab tu dia sedih bila dia tak dapat adik lagi. sebab tak de kawan. Bila balik rumah mak saya pun sama. dia sorang je cucu atok. Tak pe lah Haziq, tunggu ye..nanti dapatlah adik baru. InsyAllah.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan