Selasa, 29 Jun 2010

Alif, Ba, Ta

Semalam entah macam mana Haziq cakap macam nie " Ayah,Ajid nak buat keje sekolahlah". Ayah dia pun cakap "jom, banyak ke keje sekolah ?". "Banyak". Fulamak..rajin gile pula hari nie.tapi tak pe lah kan, layan aje lah. Dengan banggganya dia pun keluarkan buku2 sekolah. Haziq nie jarang serajin ini. Bila suruh buat keje, biasanya dia xrajin jadi bila tiba-tiba dia rajin, semua orang akan terkejut. Selepas dah menulis semua, dia cakap nak ngaji.. Part ni lah yang saya nak cerita sangat

Rupa-rupanya dalam malas-malas si Haziq nie, dia dah kenal huruf alif, ba dan ta. Teruja sangat tengok dia baca malam semalam. Saya memang tak sangka sangat. Yelah, dia selalu pegi sekolah main-main je. Kejap malas, kejap rajin. Saya pun tak berapa nak kisah sebab dia baru empat tahun. Saya just nak bagi dia kenal alam persekolahan supaya dia boleh biasakan diri dengan sekolah dan memudahkan dia apabila bersekolah apabila tiba masanya. Saya target umur lima tahun dia dah kena betul-betul study dan saya tak boleh malas-malas lagi. Sekarang masuk darjah satu je dah kena pandai baca. Itu memang sesuatu yang benar-benar membuatkan saya risau. Tapi semalam tengok dia dah boleh baca alif, ba, ta...saya dah rasa kembang gile. heheee. Bukan ape, sebanarnya budak-budak nie cepat belajar dan sekarang saya benar-benar percaya itu sebab memang diakui anak saya nie, memang manja sikit. Ye, lah orang tak ada adik. Nak pegi sekolah suka hati dia je. Saya pernah terbaca artikel menyatakan kanak-kanak memang kadang-kadang nampak macam tak berminat sesuatu perkara tapi sebenarnya mereka dapat mengingat apa yang mereka belajar walaupun hanya sekilas pandang.


Gambar balik sekolah..mana satu haziq? tu dia yang botak tu...rambut baru..


Inilah buku Iqraq yang digunakan oleh sekolah Haziq. Setiap pagi sebelum belajar Cikgu akan mengajar semua mengaji dulu.


Inilah Huruf yang Haziq dah lancar baca semalam

Ini mukasurat dua.
Harapan saya seorang ibu semoga anak saya ini akan lebih rajin dan bersemangat untuk kesekolah.






Rabu, 23 Jun 2010

KISAH PIRAMID

Kita sambung kisah jejalan di Mesir. Bila sampai di Mesir, saya ditempatkan di sebuah hotel.Hotel nie tengok kat luar, macam tak caya je hotel sebab bangunan yang macam tak siap, hampir-hampir buat saya tak percaya itu adalah hotel. Tapi itu memang hakikatnya di Mesir ni. Kebanyakkan bangunan berwarna coklat dan tidak di 'plaster' dibahagian luarnya.
Pemandangan hotel dari depan


Inilah tangganya..Kat sini sape banyak komplen, ko tidolah tepi jalan huhuuu...tak de lah. Biasalahkan kita gie tempat orang so, pandai-pandailah bawa diri. Satu lagi yang saya nak komplen pada mulanya ialah tandas yang tersumbat, air bertakung..memang mula-mula nak komplen lah ewah, orang Malaysia nie kerek seh tapi bila semua orang mengadu benda yang sama, masalah yang sama barulah saya faham dan setelah diberitahu oleh Ketua rombongan bahawa, Mesir memang kurang cekap bab saliran sebab tempat diaorang takde hujan sangat. Rumah pun tak berbumbung. So, faham-faham sendirilah.o...o...barulah akak faham. wah, ko mentang-mentang orang JKR, nak tunjuk pandai pula hehee..Erm, rupanya memang begitu walau dimana-mana pun kat Mesir nie. Terimalah seadanya. Tu lah ko kaki komplen.

Ini antara pengalaman yang menyeronokan. Lihat seorang perempuan bawa barang guna lembu, eh keldai, eh kuda..alamak lupalah nama binatang tu...yang penting buka unta,unta,unta..sengal rupanya aku nie.

nampak tak piramid tuh...

Pagi esoknya dengan semangat, saya bangun pukul empat pagi. Ye,lah pagi-pagi pak arab tu dah call setiap bilik cakap dah masuk waktu subuh. Awal gila. Kat sini waktu siang lebih panjang dari malam, jadinya pukul empat pagi tu dah macam pukul enam kat sini. bangun,bangun pegi kelaut.huhuh..mana ada laut pagi tu kitaorang pergi ke Pyramid..tujuh benda ajaib didunia. terujanya....


piramid semakin dekat



tu dia punyalah besar piramid tu sampai oang pun nampak kecil macam anak patung je..haaa kerdilnya.konon-konon nak ambil gambar piramid penuh tapi bila nampak orang semakin kecil..hentikanlah...

Ok, sedikit info tentang piramid nie,ia dibina sebagai kubur firaun dan memakan masa lebih 20 tahun untuk disiapkan setiap batu yang membentuk piramid tersebut seberat 1 tan kg..berat tu dan batu-batu tersebut telah diambil dari selatan Mesir.terdapat tiga piramid utama di Giza iaitu piramid Khufu, piramid Khafre dan piramid menkaure. Ingatkan satu jerk.terdapat juga enam lagi piramid kecil lain berada di sekitar piramid utama yang diberi nama Pyramids of Queen.. kalau nak tau tentang setiap satu piramid nie, kenalah cari sendiri info tu yerk...rajinlah sikit.

 
Pemandangan disekitar piramid

Iyalah...inilah dia gambar yang berjaya menampakkan piramid kecil kat belakang saya dan saya nampak begitu comey sekali dihadapan piramid..fulamak perasan pulak minah ni. tapi yang tak bestnye, gambar 'salleh'' kat belakang tu sibuk nye.


Naik unta,unta,unta..itu bukan saya tapi pak arab yang naik unta tu.

Ini pula adalah patung sphinx. Menurut pemandu pelancong kami, patung ini adalah penjaga setiap satu piramid yang ada disitu konon nya lah tapi sayangnya hanya satu sahaja yang tinggal. Yang lain semua sudah runtuh dan hancur.  Great Sphinx of Giza merupakan batu peringatan terbesar dan patung ukiran tertua di dunia. 



Yang bestnya, hidung dan janggut sphinx ni dah takde. ada cerita mulut ke mulut mengisahkan Muhammad Sa'im al-Dahr telah datang mencabar patung Sphinx yang dianggap sebagai 'tuhan rezeki' supaya menambahkan hasil tanaman. oleh kerana terlalu fanatik Sa'im al-Dahr ni terus memecahkan hidung Sphinx itu. akibatnya beliau dihukum gantung atas kesalahan vandalisme. Ada juga yang kata, patung tu ditembak oleh askar napeleon eh, salah eja Napoleon..Betul ke? kalau salah tolong betulkan yerk.

Habis dah kisah tentang piramid. Jemu pula cerita tentang Firaun ni. Jom kita tengok jap tempat shopping nie.

Gambar nie diambil di 'The egyptian perfume Palace'. Tempat beli Minyak wangi. sebelum nie saya ada cerita tentang minyak wangi nie, kalau lupa cuba tengok disini

 Fokus pada minyak wangi kat belakang tu. Memang banyak. Bila masuk je, mereka semua akan buat promosi. Bagi kita cium satu-satu bauan wangian kat situ sampai berpinarlah kepala dah bau macam-macam minyak wangi. Tempat nie dekat je dengan Piramid.


Next time kita sambung lagi kisah-kisah jejalan nie. semua maklumat yang saya dapat adalah dari penerangan daripada pemandu pelancong yang bawa kitaorang tuh. So, kalau ada salah, tolong-tolonglah betulkan.






KOLAM RENANG

Ok hari nie nak cerita pasal si kecik Haziq pula. Sehari dua nie malas sungguh nak update blog. Macam kematian ketandusan idea. Mungkin juga sebab keadaan cuaca yang mendung dan hujan yang lebat dua hari nie membuatkan jiwa pun mendung huhuhu..macam orang dirundung duka pula. Berbalik pada cerita Haziq tadi, dengan lafaz Bismillahirramannirrahim...


Tu dia...berenang-renang ke tepian.

Nak cerita je pasal Haziq ni. Dia memang sukalah dengan air.Kat rumah, siap beli kolam renang.fulamak..besar tu kolam renang. Kaya gile bapak ko. sebenarnya kolam renang plasti yang RM20 tu je. Tadah air dan mandi. mandi-manda dengan mainan ultraman lah, keretalah, semua lah. sesekali nak menyelam.macam terror je.

So, hari minggu yang lalu, mencarilah kolam renang kat Segamat tu. Kat Muar ni tak tau pulak kat mana kolam renang yang ade. Dan si ayah yang mithali ni sape lagi kalau bukan suami saya pun pergi lah bertanya di Hotel Sri Pelangi, Segamat. Memang rezeki si Haziq ni lah, kolam renang tu dibuka untuk orang awam. Bayar Rm5 je untuk mandi sesuka hati. Bergendang bagailah mamat nie. Tak sabar-sabar nak pegi. Nasib si ibu nie bawa seluar renang si anak ni. kalau tak memekaklah alamatnya.
Dengan muka confident nye, jalan masuk dalam hotel. tak sesabau.


Cepat ayah nanti dah hujan..iyo lah tu.

la, takut rupanya. Haziq ni memang tak pandai berenang. Ada juga cita-cita nak hantar pegi kelas renang tapi tak tau kat mana area Muar ni. Ada sesape boleh tolong heheee...tolong ajar ke. Ibu dan bapa sekali boleh joint. kalau bolehlah ..poyo jerk.

Disebabkan dua-dua ketul mamat ni tak pandai berenang, so dok kat tepi tembok je lah. Mari ketawakan beramai-ramai. Tak baik tau korang heheee. Macamlah saya nie pandai sangat ye. Pandai menjerit bolehlah aku ni.


Inilah muka puas hati  dapat mandi. Yeke..atau pun takut. Oklah tu kan janji tertunai sudah hasrat Haziq ni. Dapat mandi kat kolam orang besar pun tak pe janji dapat main air.






Khamis, 17 Jun 2010

MESIR DAN FIRAUN

Kita sambung semula tentang pengalaman berada di Mesir..tapi sebelum tu, untuk barang-barang yang saya telah borong di Madinah dan Mekah akan kita sambung cerita pada catatan akan datang sebab ada beberapa keping lagi gambar barang-barang tersebut yang saya tak sempat lagi untuk ambil gambar tersebut. Perjalanan ke Mesir mengambil masa yang panjang iaitu sekitar 12 jam dari Malaysia. Memang penatlah. Saya pergi hanya berdua bersama ibu mentua. Suami saya, belum terbuka lagi hati untuk menunaikan Umrah bersama. Katanya, saya pergilah dulu. masa untuknya akan tiba nanti. Pada awalnya, saya dan mak mentua merancang untuk pergi menunaikan Umrah sahaja tapi entah macam mana tergerak hati pula untuk pergi mengikuti lawaan ke Mesir dahulu. Jadi dapatlah kita berkongsi pengalaman yang indah ini. Wah,wah,wah, panjang pula celoteh saya nie. Oklah jom, kita mulakan...
Sebelum berangkat sempatlah possing kat KLIA tu. Teruja juga fist time nak naik flight. huhu..jakon sungguh, orang lain dah berpuluh kali naik, saya inilah first time.setelah 28 tahun hidup..kesiannye mak cik hehee.
Dari Kuala Lumpur hinggalah ke Mesir, saya naik EGYPTAIR. Semua kelas. Yelah kan orang first time naik. semuanya best aje. Bila mula nak berlepas tu,takut gilalah. Macam-macam doalah saya baca. Berdebar-debar...macam dag,dig,dug dan bila dah lama-lama tu, barulah boleh relaks. Telan air liur beb sebab bunyi dengung yang kuat. Itulah namanya pengalaman.

Makanan memang best. Tak taulah orang lain. ada makaroni, beriyani daging,nasi dan makanan sampingan. Munkin ada juga orang yang tak kena dengan tkak tapi disebabkan akak sorang nie memang kuat makan, belasah je lah dik. Kalau tak kebulur. Sepanjang perjalanan tu dua kali diberi makan. lepas makan, tido dan makan semula, barulah sampai. sakit pinggang yang slim nie hehehe...



Ini televisyen kecil yang ada disetiap tempat duduk. maklumat tempat yang dituju, masa, ketinggian, cuaca diluar dan jarak perjalanan tak ketinggalan masa akan sampai. Memang lengkaplah. cuma nak dengan tak nak je baca. tapi bila dah mengantuk malas...tak bacalah semua tu.

Ini pula muka lepas bangun tido dan tak sabar-sabar nak turun. Dah ala-ala muka bibik pula. Biarlah janji nak possing juga.

Dan tibalah masanya untuk melihat keindahan alam ciptaan Illahi...sebelum mendarat, inilah beberapa keping gambar yang sempat dirakam dari udara pemandangan bandar Kaherah, Mesir.


matahari mula memancar

laut terbantang luas...indahnya

Welcome to Cairo






dan akhirnya sampai jua di negara Mesir, negara yang pernah

diperintah oleh Firaun. Alhamdulillah

pandangan pertama yang menarik perhatian setelah sampai di bumi Mesir ini..


Pemandangan di sekitar bandar Kaherah ini.

sebuah bandar yang sibuk dengan bermacam aktiviti. Dianggarkan lebih sejuta penduduk, menetap di bandar Kaherah ini. Bayangkan penduduk satu Malaysia duduk di dalam sebuah negeri. Begitulah padatnya penduduk di sini. Pertama kali, terkejutnya dengan keadaan di sini. Dengan orang yang ramai, cuaca dan yang paling terkejut...bising. bunyi hon kereta sentiasa memecah suasana. Bingit sungguh. Di sana mereka tak kisah kereta kemek sana sini selagi boleh jalan, diaorang bedal je.  Lampu isyarat pun tak banyak malah boleh dikatakan hampir tiada namun pemandu dia memang cayalah. expert gila bab memandu terutama pemandu bas...ye,lah saya kan naik bas sepanjang berada di sini. jadi memang taulah, diaorang memang cekap bila dijalanraya. Syarat  untuk mengambil lesen sangat mudah...hanya sepuluh tahun pengalaman memandu dan sedikit test dibuat. itupun kata mereka yang menetap di sini, tak susah untuk dapat lesen di Mesir ni.
 Ok, ini saja dulu buat kali ini...lain kali kita sambung semula. semoga tak bosan menunggu entry seterusnya.