Ahad, 22 Mac 2015

Aiskrim Oreo Homemade lah kunun


Pasal ape tajuk ngada-ngada macam tu..macam tak sopan pulak rasa tapi biarlah, tak de idea gempak nak tulis . ok hari ni cuti. Tak de buat ape..panas-panas gini..sedap menyejukkan tekak. Dah lama nak try buat aiskrim ni orang lain dah berbekasbekas buat,saya baru nak buat. Ok lah walau pun dah ramai yang tau..tapi saya nak kongsi juga kat sini..



Ini bahan-bahannya. 2 sudu besar Ovallete
1 sudu teh vanila
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
biskut oreo

Mula2 asingkan biskut dengan krim.pastu patah-patahkan dan biarkan dulu.

Campurkan semua bahan ke dalam mixer. Tapi kalau rumah tak de mixer..masukkan je dlm blender..macam saya buat ni.
Pastu agak2 dah sebati keluarkan.


Masuk dalam bekas dan tabur sedikit lebihan biskut oreo dibahagian atas. Lepastu bekukan. Nak betul-betul  sedap, biarkan satu hari dalam peti ais..ermm..sedap.
ok lah nasib menjadi. Simple je kan. Senang. So..boley lah makan banyak mana sampai muntah. Next time boleh buat lagi. Jom, cuba.

Selamat Ulang Tahun Semua

Weeee....Cantikan bonquet ni. Macam-macam sekarang ni. Siapa yang rajin dan kreatif je sikit dah boley buat duit dan siapa-siapa yang agak malas macam saya, boleh order macam ni. Sediakan je lah duitnya huhuu..keluar duit  .pada sesiapa yang berminat untuk membeli, boleh je order kat Cantikan bonquet ni. Macam-macam sekarang ni. Siapa yang rajin dan kreatif je sikit dah boley buat duit dan siapa-siapa yang agak malas macam saya, boleh order macam ni. Sediakan je lah duitnya huhuu..keluar duit  .pada sesiapa yang berminat untuk membeli, boleh je order kat 
Facebook/Hainurrein Haron. Penghantaran percuma dan boleh COD pada yang berdekatan. Amboi kemain macam buat iklan berbayar pulak mak hehehee.. sebenarnya bonquet ni saya tempah untuk my husband. Romantik tak..romantik tak? saya order dengan ikhlas sempena birthday UncleBad pada 21 mac semalam. saya hantar awal sikit dari tarikh tu sebab beday dia jatuh pada hari sabtu. Saya tak nak dia deliver kat rumah sebab saya takot, saya phlak yang ambik sendiri dari adik posmen. Tak mau..sebab tu awal kan ni. Dia deliver kat office. Sempena birthday UncleBad ni saya berharaplah dia diberi kesihatan yang baik dan dapat menjdai Imam terbaik untuk saya dan anak2

Ini anak dua huhuu

Gambar selingan anak dua nie dengan sepupu diaorang. Ingat lagi adam? Adam anak kepada kak UncleBad. Kakak ipar saya lah kan. Diaorang dah balik Malaysia. Kalau sebelum ni payah nak jumpa sebab duduk jauh nun di Columbia tapi lepas ni harap-harap dapat lah jumpa selalu.  Adam pon dah besar sekarang..dah ada adik pon. Aaron nama dia.

Ok kek untuk Haziq dan Hafikh sempena hari lahir pada 13 dan 15 mac hari tu. Haziq dah 9 tahun dan Hafikh dan 2 tahun. Sekejap je dah besar. Kek kongsi. Tak payah beli banyak-banyak. Bukan habis pon. 

Sambutan yang simple tahun nie. Diharap anak2 saya ni akan membesar dengan sihat, bijak dan cemerlang di dunia serta akhirat. menjadi anak yang sentiasa disenangi oleh semua orang dan menghormati orang tua. Semua pon ucap dan berharap je ni..

Sayang ketat-ketat dari ibu..
Ok lah itu jelah dulu. Dah lama tak mengayat ni, dah tak reti pulak nak menulis. otak kosong.