Saya nak bagi sedikit tips dan maklumat tentang taska di bawah pemantaun JKM ni.
Mula-Mula sekali, tengok kedudukan taska tu. Kalau berada dalam taman, pastikan taska tu berada di tepi sekali. Kalau korang tengok taska tu duduk tengah-tengah antara deretan rumah, korang reject terus. Sebab syarat tadika atau taska di bawah JKM, taska tersebut mestilah berada di tepi sekali atau corner lot. Itu pertama-tamanya lah kalau nak tau.
Bila dari luaran tengok dah ok..cuba tengok pagar berkunci atau tidak. Syarat JKM, pagar premis hendaklah sentiasa berkunci. Macam taska Hafikh ni,mula-mula saya datang untuk survey, cikgu kat situ tak buka pon pintu pagar. Dia bagitau semua keperluan dan soalan saya di dalam pagar je. dia kata, kalau berminat nanti datang bawa salinan surat beranak bayi dan isi borang yang diberi. Itu sahaja. Salinan surat beranak tu sebab nak tunjuk bila ade pegawai JKM buat lawatan. Biasanye pegawai JKM ada buat lawatan dua kali sebulan atau sebulan sekali...ha..macam tu lah yang saya faham dan ingat..yang pasti memang pegawai JKM ada buat pemantauanlah.
Okey lepas tu semasa pendaftaran pastikan kat taska tu tak ade buaiyan. Kalau ade buai, memang sah le taska tu tak berdaftar okey. Kat tempat Hafikh ni satu lagi bayi dan kanak-kanak yang lebih dewasa diasingkan. Lima orang bayi kena ada dua orang pengasuh.itu maksima untuk sesebuah taska. Bayi-bayi ni tadi di letakan dalam satu bilik. Saya diberi peluang untuk masuk ke taska Hafikh masa mula-mula nak daftar dulu. Setiap pintu ada penghadang. Itu untuk keselamatanlah.
Itu je yang saya ingat untuk syarat JPM. Untuk bilangan kanak-kanak tu saya tak ingat. Rasanya banyak lagi yang saya dah lupa. Ini sebahagian sahaja. Apapon kalau ade tersalah harap di maafin. Harap sedikit info ni dapat membantu ibubapa yang berhasrat hantar anak ke taska ye.