Khamis, 19 April 2012

Hari Jadi Aja 2012

ehem...macam tak datang idea pulak..tapi nak update blog.  Sebab esok pasti tak sempat nye.  Ini pon cecurik masa sikit. Nak cerita pasal hari jadik lah. Hari jadi adik ipar saya, Aja. Beday dia sebenarnya dua hari lepas tapi hari nie baru nak upload gambar bagai..semalam penat. Dari pagi dok kat site. Muhahaaaa gile poyo akuk.
Malam belanja Aja makan Pizza Hut..teragak juga nak pegi Domino Pizza tapi tetiba teringat pulak kat Pizza Hut sekarang hari-hari ada free makan untuk kanak-kanak bawah 8 tahun. hahaaa gile jimat.

Haziq nih memang lelebih selalu dalam majlis orang...

Tengok...lebih-lebih nampak..owh, untuk makluman, malam tuh ambil gambar pakai kamera telefon jerk. sebab nye kamera rosak. Tak tau kenapalah lense dia tak bleh keluar.  Duit lagik jawabnye...

Okeh asik muka dia jerk...


air yang Aja order...Cappucino Frappe 

Okeh, abaikan background budak tutup muka tu...inilah hidangan percuma untuk kanak-kanak.  ada beberapa meal untuk kanak-kanak.  Ada enam set meal untuk peilihan. Ada macam-macam set kat sini  Haziq pilih set Kids Bolgnaise. Dalam set tuh ada spagetti dan air soya. Dia kan suka mee. air coke sebelah tu abaikan juga. itu set lain. 

Pepperoni Delight

Super Supreme

Assam Boi Fizz


kek secret recipe, indulgence..ade lebey lagi dalam peti ais hahaaa punya lah besau. tak habis.

Nie masa petang sebelum pegi makan Pizza malam tu. Upacara Potong kek.

Haziq dah macam hari jadi dia pulak.sibok nak potong kek.  Bile tengok gambar semua, baru perasan gambar saya dan UncleBad tak de.  Rasanya malam tuh ada gambar kitaorang pastuh bile selidik-selidik, Haziq kata dia dah terdelete gamabr tuh masa tengah sibok-sibok dia main handset..haaaa frust..

Okeh apepon terimakasih pada penaja utama kakak ipar saya yang tak dapat nak celebrate sama.  So, semua makan-makan tuh dia yang seponser..heheee beriya-iya cerita ek tapi oarang lain yang bayar hehee. TQ Kak Long.




Isnin, 16 April 2012

Bersantai

Memula nak cerita sikit pasal malam tadi pegi tengok wayang.  Tetiba teruja plak nak cerita.  Sebab cerita penuh suspen Batttleship. Best gile. Pegik tengok okey.  Tak kan menyesal. Okeh, sabtu , ahad saya tak kemana pon. ada di sekitar Segamat je. Petang jumaat, Family saya datang.  Kali nih Adik saya yang dok jauh di Perak balik, so suka sikitlah Haziq.  Sebab ada sepupu dia kan...Dah lama tak jumpa, dah besar si Aqila ni.  Dah pandai jalan dan dan pandai pukul-pukul orang ( huwaaa sakit).  Malam tuh pulak, pegi jejalan kat pasar karat segamat.. saje nak buat jakon-jakon tengok ular, arnab dan beberapa binatang yang jarang-jarang nak pegang nih..Yang paling kepoh Haziq lah.  sibuk tunjuk ular, kepoh-kepoh suruh atok dia pegang tapi dia penakot..bila aqila pegang ular, dia dah jerit-jerit takut tapi dia tak pegang pon..kecoh je lebey.
Esoknye, pegi jalan-jalan kat KipMart segamat pula.  adik saya nie sibuk nak beli baranglah bagai.  Okey, tak pe kita jejalan jom...jom..jom..

Tengok mak ko, mentang-mentang anak rambut tak banyak, senag je sikat pakai tangan tapi memang pon payah sebab tengok si Qilla nie dah tak sesabau benar nak gie jalan..
Tengok pakai kasut pon dah nak marah-marah sebab lambat.
Pose dengan abang Haziq yang hover.

Nie pose menarik dengan ahkak pulak hhee..tapi Aqilla dah tak nampak muka pulak

Baiklah ambik dari sudut tepi pulak..nampaknye Haziq yang lebih-lebih tayang gigi.. Aqilla pulak sibuk pandang orang nyanyi atas pentas pulak..dan saya pulak dah kenapa? mata juling..
okeh macam ibu-ibu mitsali jaga anak baik-baik. sambil tengok-tengok jangan sampai jatuh.
Beriya-iya dak Haziq nie..siap senyum senget bagai.
Gambar dengan mak saya pula..
Haziq dan Mak Uda. Ceh,ceh buat muka dah bosan. taknak pandang kamera konon.
Ini pula gambar kat rumah. semalam petang sebelum semua orang balik.
Baru nampak muka Haziq.
Masa nih semua orang dah ngantok..semua dah pejam-pejam mata..Haziq pon dah malas..ha sesi bergambar habis dengan linangan air mata Haziq sebab nak ikut orang balik.  Sian. Dah keseorangan semula dia. 














Jumaat, 6 April 2012

Esok Cutik...

Esok cuti...nak gie mane? tanya soalan untuk diri sendiri sebenarnya. tak tau lagi plan kan... dok rumah je lah. Kemas rumah...heheee. Haziq pegi basuh kasut sekolah, pastu buat keje sekolah, pastuh pegi kemas katil dan basuh cadar...hahaaa, best nye kalau Haziq boleh buat  semua tu dengan sendiri.  untunglah....bertuah badan berlemak-lemak. Semua tuh tugasan untuk diri sendiri okeh, jangan berangan, kecuali keje sekolah. kena siapkan sendiri.  ibu dah tak sekolah lagik. Susah tau nak bagi anak pandai berdikari. tambah-tambah si ayah pulak sedia membantu.  Membantu disini bukan membantu si ibu tau tapi membantu si anak. heish, geram. (terbeliak bijik mata mak). Dan selepas itu si ayah akan mengarahkan si ibu membuatkan segala bagai untuk si anak, jadik, macam mana si ibu nak bagi anak berdikari dan berdisiplin? si ibu juga jadik ibuk-ibuk (bibik lah)..owh, si ibu sudah melalut. meluahkan perasaan hati gulana pulak...si ibu memang begitu mudah tersentuh hatinya...


Ape perasaan korang bile tengok gambar beler inih?? sungguh tak cantik dan menyakitkan hati bukan ?kualiti gambar hancus.  ini gambar minggu lepas.  Tengok wayang. tuh jangan tak kenal, si Haziq okeh.  Badan sudah mantop sekarang.  Yang sebelah tuh, mak cik dia. Aja. Sekarang tiap-tiap minggu tengok wayang atau bile bosan malam tengok wayang.  Sungguh tak patut.  tapi kekadang si ayah nak melayan kan sangat si anak, pegilah juga tengok wayang. jadik dah macam-macam cerita baru kitaorang tengok tak payah tggu Astro first hahaaa.. duit pon dah banyak melabor kat sini...cakap jerk cerita ape, john Carter, Adnan Sempit, lagik-lagik ape lagik...kaya dah panggung nih...kitaorang jerk yang kayap...

 sambil tunggu si ayah keluar toilet, ambik gambar dulu kat cermin besar nih.  dah macam kelas aerobik plak tengok cermin besar-besar...masa nih tengok cerita jangan pandang-pandang. Ape celup tog???


Khamis, 5 April 2012

Tudung Bawal

Dah lama tau tak pakai tudung bawal.  Dulu tudung nih popular gitu.  Ada bawal no 1,2,3 lah, macam-macam gred lah jenis tudung bawal nih.  Kalau nak cantik skit, belilah tundung bawal no.2. tersangatlah kiut kalau pakai (perasan jerk). Zaman-zaman belajar dulu pakai tudung bawal nih sampaikan kalau dah terbangun tidur lambat, gosok tudung belah luar je.  Dalam tak gosok.  Tudung tu kan ada dua layer kan. Nak beli tudung bawal no.1, masa zaman belajar dulu, rasa tak mampu..memang tak mampu pon. mahal Biasa harga Rm 50 keatas.  Bila dah keje, upgred sikit, dah banyak duit kan, pergh gile bongkak.. biasalah setakat nak beli tudung bawal Rm 50 keatas kejam mata je tapi tak le sampai lebih dari seratus.  Sayang plak wei nak beli tudung semata..mewah betul. ai, tak mampu you. Bila dah keluar tudung-tudung 'malas'.  Pakai terus jalan je. Ingat lagi mula-mula dulu, tudung 'ekin' lah, tudung 'ariani' lah, semua tudung depan keras.  Tak payah gosok susah payah.  Terus lupa pesen tudung bawal nih..simpan terus stok-stok lama. Sian kan.  Tapi saya tak pernah buang atau sedekah kat orang sebab kebanyak kan tudung bawal saya lebih mahal dari tudung-tudung 'malas' tadi. Saya simpan tau. dijaga denga rapi gituk hahaaa...tengok sekarang dah datang balik trend tudung bawal..kan..dah boleh pakai balik.  Cuma sekarang saya tengok diaorang pakai dengan gaya yang lebih trendy. tapi saya masih lagi pakai macam zaman dulu-dulu sebab belum sempat lagik nak try-try trend baru.  Pagi tak sempat dek non...mana nak betul kan 'muncung' depan tudung tuh,  mana nak soh si Haziq bangun lagik.  Tak sempat okeh..

Gambar mak cik poyo possing depan cermin...masa nie Haziq kat kampung.  Cuti sekolah..hahaha..mak ko possing ngada-ngada dipagi hari.



Lagik satu possing ngada-ngada kat opis pulak.  Konon-konon sebok keje..terasa macam baik-baik je bila pakai tudung bawal ni tog...