Jumaat, 26 Ogos 2011

Raya Vs Merdeka


korang nak raya kan? tak sesabau kan nak raya? saya tengok malam2 hari bila keluar bandar pun dah macam hari raya.  Ada yg beli karpet, beli langsir semua lah nak beli. Bonos pun dah dapatkan...sampaikan kereta pun tukar baru. Cayalah, raya sakan!!!!
Bila dah sibuk2 raya, dengar lagu raya, mood raya, tetiba ada lagu patriotik. lagu merdeka. Wah, baru tersedar tahun nie sambut dua perayaan kita. Jangan lupa tuh..mengenang jasa orang-orang terdahulu bersusah payah memerdekakan Malaysia.  Haaa...patriotik tak aku. Dasyat kan kita bila dah datang mood raya semua mood yang lain hilang.
Masuk Hari yang ke 26 nih, bermakna ada empat hari lagi kita berpuasa. Yang excited tentulah budak-budak kan.  Haziq pun dah tanya bila nak raya.  Kasut raya pun dah beli, baju semua dah siap jadi bangun tido pagi jerk dah sibuk tanya " hari ni raya ke?" pening mak ko nak jawab.
Tahun nih saya beraya rumah sendiri.  Pagi raya tolong-tolong mak mentua kat rumah dia jap, pastu gie ziarah pusara dua anakanda tercinta, dan rasanya tengahari sikit boleh jalan-jalan raya.  Tahun nih raya kedua baru balik rumah mak saya.  Kira best sikit tahun nih sebab dah tambah sorang lagi anak buah.  dah pandai ape Aqilah yerk.  Yang seronok Haziq lah. Kalau tak sorang je kat rumah atok, kira tahun nih ada kawanlah dia.  Tahun nie pun sepupu dia, Adam tak balik Malaysia tapi tahun depan Adam akan balik dengan adik baru.  Huhuhu..meriah agaknye. Macam nih lah orang tak ramai adik beradik. Anak pun belum diizinkan lagi untuk ada. Apapun selamat hari raya. Berhati-hati dijalan raya. Jaga perut, jaga diri dan jaga badan wahahaa...(peringatan untuk diri sendiri tuh).
terimalah kad raya yang tak seberapa huhuh...




Selasa, 16 Ogos 2011

PERIHAL ORANG PUASA

Sebelum buka, duduk kejap, ambik2 angin, hirup-hirup udara...apehal pulak nih. Dah tension idup ape? no, no,no saje nak buat mukadimah bodo. Ajelah pening kan. Bila time puasa nih lambat pulak nak tunggu petang.  Mana tak nye bila tak puasa pukul 9 pagi gie minum pagi, dekat satu jam baru buat keje semula. Bila puasa dok lah kat pejabat sampai petang.  Nampak sangat rajin mengular hehehe...Dalam kepala dah macam-macam pikir nak beli.  Macam cukup jerk duit tuh. Tunggu gaji dan bonus jerk nih. Dah gigil-gigil juga tengok Kedai Jakel depan pejabat nih...Apepun terima Kasih kat Kerajaan sebab bagi bonus lebih sikit tahun nih. suka sangat. Tapi bila dah dapat bonus pun masih tak cukup juga macam mana tu? sebelum dapat bonus nih, kena rajin-rajin buat kerja okey. Tunjukkan kerajinan. dan tak sia-sia bagi bonus kat kakitangan kerajaan nih...Gile betul orang perempuan nih kalau shopping yek.  Kalau tak macam mane boley keluar ayat daripada Haziq " ibu jangan nak beli heh...Asik beli,beli,beli ." Anak saya pun dah pandai sound baik punya sekarang.
Entah ape-ape meraban sebenarnye nak tunjuk gambar nih jerk dan aktiviti hujung minggu lepas.

Ini adalah iklann makhluk perosak kuikuikui...pembetulan ye, Ini adalah gamabr Haziq dan ayah dia. Saya tak de kena mengena pun dalam gamabr nih. aktiviti sebelum berbuka. 

Bila dah tak dapat ambik muka dah muncung mengalahkan orang puasa si Haziq nih.

macam best jerk uncle bad main badminton ye

Untuk minggu nih tak tau lagi nak buat aktiviti ape...rasanya macam nak ajak Uncle Bad pegi shopink auw takot hehee...Harap-harap setuju lah orang tuh.

Rabu, 10 Ogos 2011

Aku Yang Kebohsanan


Sudah tiga hari saya mula kerja kat tempat baru.  sungguh bohsan pula.  Biasalah baru-baru nih bukan ada kerja sangat.  Nak ngular pun takut kui,kui,kui...kaki dah geram-geram nih nak jalan cari barang raya...depan pejabat tuh je ada banyak kedai kain termasuklah kedai kain Jakel.  Kat Segamat nih banyak kedai kain murah-murah..tangan dah gigil geram tambahan pulak semalam dah umum setengah bulan gaji lagilah saya tak boleh tido memikirkan barang-barang yang hendak dibeli. Boley jadi macam tuh?? aje giler..
Nampak, muka boring? nampak mulut dengan hidung jerk, mata tak nampak. Inilah tanda boring yang teramat sangat. Tunggu time untuk angkat beg jerk.




Selasa, 9 Ogos 2011

Nak Kongsi nih...

Dah lama tak update baru hari nih nak mengucapkan Selamat Menyambut lebaran puasa. Bulan mulia banyakkan kejar pahala. Sabar banyak-banyak okeh...Rajin-rajin Terawih ye. Macam nak mula kan ceramah pulak hehee. Masak ape hari ni kak Tipah? tak tau lagi yek. Saya? semenjak dah dok dekat rumah mak mentuua nie, makan rumah dia jerk. Dah lama gak tak masak sendiri sejak dok Segamat nih.  Nak kata malas tak juga tapi entah ler...apa2 nanti kalau ada peluang masak kita kongsi yer...jangan dah tak tau masak sudah huahaaa...
Setelah tiga minggu saya habis pantang, baru hari nih terkedek-kedek nak tulis pasal ubat yang saya makan sepanjang berpantang hari tuh...huh saje nak kongsi dan mengada-ngada komen produk orang hehee..Berpantang kali nih saya banyak langgar pantang. Tak seperti sebelum nih, sangat-sangat penakut kali nih terlebih berani...degil sangat saya nih mak tegur tak nak dengar, mak mentua cakap pun buat tak tau, laki tegur, lagi menjawab..penyudahnye, semua orang cakap " lantak ko lah". bukan ape tau, saya cara macam nih lah saya nak ubat lara. yelah, orang lain pantang ada baby...saya? baik saya buat-buat sibuk tapi ada had jugalah. taklah langgar semacam jerk.  Yang paling gile, dua minggu lepas bersalin saya dah boleh shopping, tido hotel pulak tuh tapi dengan uncle Bad lah ..dia bawa kereta saya dok sebelah jerk.  Semua tuh saya buat sebab tak nak perasaan sedih menguasai diri kalau tak meroyan pulak..hadoi.
Okeh produk yang saya gunakan adalah produk shaklee. Produk ni dalam bentuk pil dan disediakan untuk selama 40 hari berpantang. Saya tak ingat ambil set ape hari tuh tapi memang set berpantang.
Antara kesan yang dapat saya rasakan adalah badan semakin sihat, rambut tak gugur (selalu lepas bersalin saya mengalami rambut gugur yang teruk sampai penuh satu rumah dengan rambut ) dan darah nifas cepat kering.  So, pada korang yang tengah mengandung dan sedang mencari produk yang sesuai dan murah, trylah produk nih terutama pada korang yang BF.  cewah, macam dibayar pulak untuk buat promote hehee..
Untuk maklumat lanjut buka lah blog kawan sekolah saya ni.  Dia sedia memberi penerangan dengan lebih jelas.