Isnin, 28 Februari 2011

BERATNYA BAHU YANG MEMIKUL

Ya, Allah jangan kau cuba aku melebihi batas mampu dan sanggupku,
Ya, Allah jika kau terus mencuba aku percaya kau sayang padaku....

Antara bait-bait lagu kumpulan Wali nih macam sama je dengan ape yang bakal saya lalui lagi selepas ini. Saya sedih. Saya kecewa tapi sebagai hambanya saya redha dengan ketentuan ini. saya pasrah. Saya telah membuat scan kat private hospital dan kegembiraan itu yang saya harapkan dan setelah bercerita dan berangan bersama Haziq semalam tidak akan menjadi kenyataan. Baby ini, tidak sihat,. seperti sebelum ini, dia mengalami masalah yang sama. Buah pinggang bengkak dan lebih sedih, jantung dia pun bengkak. jadi air ketuban sangat kurang. Ape lagi harapan saya?? saya hanya berserah dan diketika ini saya sangat-sangat sedih. Tabahlah hati menempuh dugaan ini. Ya, Allah tenangkanlah hati ini.







Jumaat, 18 Februari 2011

20 Minggu

Diam tak diam sudah 20 minggu saya menjadi mak buyong. Walaupun perut tak berapa nak besar dan tak berapa nampak pun lagi tapi saya memang dah tak sabar-sabar lagi nak menjadi ibu buat kali kedua dan menerima kehadiran orang baru lagi. Tahun nih kedua ibu bapa saya bakal mendapat 2 orang cucu. suka lah mak saya tuh... Adik saya pun sedang mengandung dan sedang menunggu kelahiran anak pertama hujung bulan ini. InsyaAllah tapi adik saya pun dok jauh nun di utara. Mungkin habis pantang baru balik rumah mak. Apepun diharapkan tahun nie bertambah meriahlah keluarga kami.
Untuk minggu ke dua puluh nih, saya masih lagi melalui rutin rawatan di klinik kerajaan seperti biasa.


 Cuma minggu ke 22 nanti saya akan mendapatkan rawatan di klinik pakar perbidanan persendirian. Untuk kehamilan kali ini, saya pergi dua tempat rawatan pemeriksaan kehamilan. Bukan ape kan...sebagai persediaan dan rujukan. Harap-harap semuanya normal dan dipermudahkan.
Sedikit info yang saya dapat dari laman web Hospital Kulim.  Ini adalah sebagai persediaan apabila saya mendapatkan rawatan nanti dan memudahkan saya untuk bertanya sebarang persoalan.

  • Untuk 22minggu, rawatan bagi imbasan kesihatan bayi akan membabitkan imbasan kesluruhan badan termasuk kepala, otak, muka, tulang belakang, jantung , dada, abdomen, buah pinggang, tangan dan kaki.
  • Ketika ini juga kecacatan muka seperti sumbing, spina bifida( masalah tulang belakang) dan lubang pada jantung dapat dikesan.
  • Doktor mengukur perkembangan bayi dan kedudukan plasenta.
  • Imbasan mengambil masa 20 hingga 30 minit.



Rabu, 16 Februari 2011

YANG, SUDAH LIMA TAHUN

Owh!!! sudah lima tahun yerk anak saya. Bermakna, saya pun sudah semakin tua...bila anak dah semakin membesar, dah nak pikir pasal sekolah dan pendidikan. Kalau dulu pikir pasal nak masak ape untuk budak nih sekarang sudah berdouble kena pikir. Itu belum pikir tentang exam...ha..mesti tension. Nih apehal pula membebel dari isu utama? Hari lahir Haziq nih pada 13 febuari hari tuh. disebabkan beday dia jatuh pada hari ahad maka sambutan dilewatkan sehari sebab ibu dia malas nak masak2, nak kemas-kemas rumah jadi penyudahnye buat kat sekolah jerk..patut tak?memang sah pemalas mak ko ni. Malaslah wei..kaki ni tengah lenguh-lenguh, pinggang sakit-sakit...alasan jerk tuh...

Sebelum kek dibuka mari kita nyanyi ramai-ramai. Selamat hari jadi, selamat hari jadi.....bila dah habis nyanyi lagu Allah selamatkan kamu...Allah selamatkan kamu...Allah selamatkan kamu Haziq...Allah selamatkan kamu...lagi nak nyanyi ape??
V
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

v
v
v
v
v
v
v

v
v
v
v
v
v
v

v
v
v
v
v
v
v
v

v
v
v
v
v
v
v

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

v
v
v


inilah kek birthday Haziq tahun nih...Ben sepuluh 10.  Tengok orang tuh tampal je gambar ben10 tu atas kek. Macam senang jerk tapi kalau aku yang buat confirm tahun depan tak siap.Lainlah kalau dekat dengan rumah mamafina  talipon jerk terus sampai depan pintu..hehee

Ini pula cenderahati untuk kawan-kawan Haziq. Tahun nih tema Ben10.  Mula-mula kek tu dia nak ben10 yang gambar cicak, entah ape ntah nama tu tapi tauke kedai resipi rahsia secret recipe ni kata gambar tu tak de dalam stok so ambil je lah gambar budak tayang jam nih.
Muka excited sebelum potong kek

nyanyi dulu sebelum potong kek okey


aaa....aa..aaaa...nanti dulu tak habis nyanyi lagi

Potong kek baik-baik jangan hancur. purak-purak potong je nih




Muka nak serious. Nih sebijik muka ahmad bakhtiar...kenal sape Ahmad Bakhtiar???apak dia le..kalau ikut muka ibu ayu sikit wakakakaa...perasan.


Lagi muka garang..alamak, boleh pula ada sorang budak jambul kat depan tuh.


Haziq and the geng makan-makan. Sedap tak? cakap sedap kalau tak kena babat


Nih betul-betul sedap.


sebelum balik, ambik gambar dulu. terima kasih cikgu Mas sebab tolong ambil kan gambar dan melayan beday Haziq.








Isnin, 14 Februari 2011

SUSHI GENG

Alkisah...cerita bermula,
Haziq: Ayah Haziq nak makan sushi lah. sushi tu sedap tau...ada nugget, ayam
Ayah : (Sengeh dan muka blur)
Ibu : Sape cakap sushi sedap? Haziq pernah ke makan sushi
Haziq : Hakim cakap sedap. Dia cakap semalam dia gi makan sushi.
Ibu : O..o..Hakim lah yang cerita ea...tak sedap lah sushi tu. Haziq tak suka punya.
Haziq : Tak..., sedap. Bolehlah nak makan sushi

Setelah beberapa hari, dia menuntut lagi. Okeh, nak sangat kan sini ko makan...

Ibu dan ayah ko nih, jadi tukang tengok je lah sebab dua-dua ketul nih tekak kampung okey... Tak boleh nak layan makanan lain dari yang lain nih...
Dengan teruja nye nak memilih sushi..tunggu,tunggu keretapi nak jalan dulu.

pilih,pilih lagi...silakan, silakan...

ini antara sushi yang terpilih. ape name ntah, aku pun tak tau...

                        Mula-mula makan memang macam teruja sangat dak Haziq nih .Korang tengoklah tuh...ayah ko kat sebelah tu tengok je sambil dalam hati berkata-kata, "amboi, makan dah macam makan nasi. Boleh pula nak telan mamat nih."heheheee

tengoklah, siap nak pakai chopstick lagi..macam hebat.

" ibu, masa makan tak boleh ambik gambarlah.nanti tercekik."...

Ini air untuk ayah dan ibu. Benda ni je yang boley kitaorang telan.

Mula-mula makan memanglah sedap aje tengok dia telan tapi bila dah masuk dua jerk, dia dah mula buat muka toya...jangan muntah sudah. Akhirnya, nugget meninggalkan sushi ada paham ?Dah agak dah. Haziq nih memang selera kampung. Makanan pelik-pelik nih memang lah dia tak berapa nak makan sebab tu awal-awal lagi saya tak berapa nak layan permintaan dia tapi sebab nak bagi dia rasa, layan jugalah. Lepas makan, saya tanya sedap tak..dia cakap, sedap tapi melekit-lekit. Bila saya tanya lagi nak makan tak...dia cakap tak nak. Ape cer???ha...tau lah tu memang tak sedap.

* Hakim adalah kawan sekolah Haziq






Jumaat, 4 Februari 2011

SAYA TAK CUTI

Cuti tahun baru yang lama dan panjang nih tak dapatlah saya bergerak ke mane-mane. Sebab?? sebab saya kena bertugas dibilik gerakan banjir. Banjir teruk kat Muar nih, membuatkan saya dan suami bertugas dihari raya tahun baru cina. Erm, nak buat macam mana kan...redha. Mula-mula tuh memang malas betul tambahan pula pusat gerakan banjir kali nih jauh dari rumah saya. Kira-kira 60km dari bandar Muar.( Pekan Pagoh.)Malas wey..tapi ape pun dah tugas, kena jugalah korbankan cuti yang lama.
Banjir kat Muar nih semakin teruk. Walaupn tak hujan tapi air semakin banyak mungkin sebab air dari Segamat turun kesini membuatkan banyak jalan terputus hubungan. Dan paling haru, jalan ke bilik gerakan banjir kat Pagoh ni dinaiki air. Jadi terpaksalah saya meredah banjir tapi bukan berjalan kaki lah tapi menggunakan Hilux hehee....bukan bot okey...masih tahap boleh redah pakai kenderaan tinggi.



Gambar kat atas ni adalah gambar ehsan daripada suami saya yang mengambil gambar kat lokasi banjir.

Bila saya dan suami tak dapat cuti nih, bermakna Haziq terpaksalah dok rumah pengash dia. Kesian mamat tuh. Hari tuh dah lah dia merungut cakap dok kat rmah tak de kawan..kahsian. Nampak nye terpaksalah saya dan suami memikirkan semula permintaan dia untuk belajar main piano. Dulu dia pernah minta nak belajar piano selepas tengok sepupu dia Adam terror main piano tapi si ibu yang kejam nih buat bodoh je hihiii tapi sekarang terpaksalah saya memikirkan semula permintaan sikecik tuh. Bila dah selalu dia merungut boringlah...tak de kawan lah...asyk tengok muka ayah dengan ibu je lah dan ble,bla,bla...saya terasa macam lama sangat nak beranak..tetiba hilang rasa takut nak beranak..heheee..lama pula nak tunggu due bulan tujuh nih...harap-harap kelahiran baby yang ditunggu ini akan memberi seribu kebahagian kepada keluarga saya nih terutama buat abang dia yang tersayang nih.