Jumaat, 26 Februari 2010

MAJLIS PERKAHWINAN ANGAH

Dah lama rasa tak update blog. Lambat gile internet nie, tu yg malas nak buka. Rasa mcm nak cempak je broadband nie. Tanpa membuang masa sebelum server nie gila balik, aku nak kongsi sikit tentang majlis adik perempuan aku. Memang penat sungguh masa majlis nie. erm, berikut adalah kronologi majlis.
20.2.2010- 9.00 pagi- Pengantin disolek oleh mak andam.
                  10.00 pagi - Pengantin bersiap ke masjid upacara pernikahan. Jalan kaki je pegi ke masjid sebab rumah aku depan masjid je tapi aku tak dapat pegi gara-gara datang bulan...

Ke Masjid sebelum akad nikah. (bersama sepupu Zira)

Sebelum majlis pernikahan
              









Dengan dua kali lafaz, Nik sah menjadi suami Angah


Upacara membatalkan air sembahyang



Keluarga sebelah lelaki


Gambar kenangan bersama ibubapa pengantin perempuan


 

Keluarga pengantin lelaki



SELAMAT PENGANTIN BARU. SEMOGA BAHAGIA MENEMPUH HIDUP BARU.

Khamis, 18 Februari 2010

BEDAY BOY



Inilah kek beday Haziq yang ke-empat tahun ini. Birthday dia pada 13 febuari tapi disebabkan 13 hb tu  jatuh pada hari sabtu, jadi hari jumaat tu buatlah sikit-sikit makan-makan kat sekolah dia. Seronok dia..first time sambut hari jadi kat sekolah. Pagi tu pun bangun tak menangis. Senang hati aku.Kalau tak, pagi-pagi berperang dengan dia nak bangun pagi.




Gambar di sekitar hari lahir Haziq. Semoga anak ibu menjadi anak yang berguna.

Jumaat, 12 Februari 2010

BARANGAN SYARIKAT MENANG GLASSWARE

Terbaru dari syarikat MENANG sempena kedatangan tahun 2010, syarikat ni telah mengeluarkan katalog terbaru untuk tahun 2010. Banyak juga barang-barang menarik. Untuk mereka yang telah berumahtangga nie, memang suka tengok katalo-katalog macam nie. Kat sini saya ada sertakan beberapa barang yang dikira mampu milik dan berpatutan. Manalah tau ada yang berminat untuk dijadiakan hadiah kepada kawan-kawan atau untuk mak di kampung. Barang-barang macam nie boleh dipakai lama dan bermutu. Jom cuci mata...




Zinnia 24pcs Tea Set ( La Piana)

Set ni mengandungi :

  • 6 + 6 biji piring & cawan.

  • Piring kuih 6 biji

  • pinggan besar 1 biji

  • Bekas susu 1 biji

  • Bekas gula + penutup 1+1 biji

  • Teko + Penutup 1+1 biji
Harga RM 118.40 satu set


Vacuum Flask 1.3L




  • Bahan dari jenis steel.

  • Tahan kepanasan selama 12 jam.

  • Ada punat di bahagian tepi.

  • Hanya tekan punat dan air keluar tanpa perlu buka penutup



RAK PINGGAN DUA TINGKAT

 

  • Dibahagian tepi rak terdapat bekas sudu.
  • Bahagian atas adalah tempat meletak pinggan
  • Bahagian bawah tempat meletak cawan, bekas plastik dan sebagainya.
  • Di bahagian bawah adalah tempat pengalas yang boleh diatarik keluar.
  • Rak ini didatangkan tidak bercantum dan perlu dipasang sendiri.
Harga RM 99.00

ROUND CASSEROLE WITH COVER


  • Kaca berkualiti dan bersinar.
  • Boleh digunakan didalam oven.
  • Terdapat 4 saiz.
  •  
  •  

Khamis, 11 Februari 2010

PERSIAPAN MAJLIS PERKAHWINAN ANGAH


Erm, smlm sementara nak ambil haziq balik sekolah , sempatlah pegi beli kan Angah punya kain alas dulang hantaran. Minggu nie selain sibuk dengan persekolahan Haziq, aku sibuk juga mencari barang-barang yang Angah kirim untuk hantaran kahwin dia. Tak banyak pun barang yang dia kirim cuma aku tolong sikit-sikit mana yang mampu. Berikut sedikit maklumat perkahwinan Angah yang akan berlangsung :

Tarikh : 20 Febuari 2010
Tempat : Gemas, Negeri Sembilan
Nama Pasangan : Nik Rashidi
Persandingan     : 2 petang

Majlis ini adalah majlis perkahwinan kedua dalam keluarga aku. Yang pertama tak lain ,tak bukan adalah aku. Semoga majlis nie berjalan dengan sempurna. InsyAllah.
Alas dulang hantaran Angah

cenderahati untuk tetamu

Selasa, 9 Februari 2010

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN HAZIQ

Hari pertama persekolahan Haziq, memang mencabar.Setelah mendaftar pada bulan januari lalu, baru hari ini memulakan persekolahan. semuanya kerana aku menghabiskan tempoh berpantang di kampung. Hari pertama ni, pagi-pagi lagi aku dah kejut Haziq.Seperti yang dijangka, memang liat dia nak bangun. Menangis memang dah jadi rutin. Aku paksa juga dia untuk pakai baju sekolah. Kesian juga tengok dia mengantuk lagi tapi kena kuat kan hati. Yuran sekolah semua dah bayar. Nak tak nak terpaksa. Masalah bangun pagi ni memang dah dijangka. Hadapi jugalah. Selalu beriya-iya nak sekolah.Bila dah daftar dia buat perangai pula.

Akhirnya, pukul 8pagi baru tiba di sekolah. Semua student dah masuk. Bila dah sampai sekolah ni, memang dia 'excited'. Biasalah kan Haziq...Ngada-ngada lebih. Belum sampai kelas dah senyum-senyu m( tadi kan rumah susah nak bangun...dalam hatiku berkata ). Cikgu sambut dan rakan-rakan semua berkumpul dekat dia. Haziq pun muka dah cuak. Selalu dia hero, hari nie dia dah terdiam. Kesian juga aku tengok dia. aku hantar dan balik. Cikgu dia kata boleh 'handle' aku pun, blah lah. Janganlah anak aku nangis sudah.

Baru balik sekolah..Penat minum air.

Jemput Haziq pukul 11.30. Tengok dia ok je. Ketawa-ketawa. Dah ada geng lah tu. Tanya juga dengan cikgu dia, rupanya dia mengis juga tadi sekejap. Dah agak dah. Nampak tadi muka toya dia tadi. Apa-apa pun dah selesai satu hari. Harap-harap esok dia nak  ke sekolah lagi.
Hausnye ibu


Tepi sikit, nak masuk rumah nie


Penatye...sampai pun kat rumah.